daisy
disclaimer





chatbox



Template were made by flwsdaisy. Image was taken from transparent and tutorial from wanaseoby.xoxo
camping at Smk Kuhara
Monday, February 3, 2014 | 1:16 PM | 0Comment

Assalamualaikum
alhamdulillah camping di Smk Kuhara dah pun berakhir. aku join camping di sana as a kelana untuk bimbing AJK pengakap kuhara. sehmen macam harapan bunyinya. aku ni bukannya berpengalaman sangat pun dalam bab camping ni. sebab mak tak bagi aku sangat kalau bercamping sakan ni. kali ni aku dapat peluang untuk buat pengalaman baru. hihi

lagipun aku dapat pegi sana last minute disebabkan canga takda kawan. dia sendiri ja perempuan kelana. jadi aku dengan erang pegi temankan dia walaupun sudah di hari petang baru kami sampai, wkwk. petang tuh kami chill ja. lalan bawa basikal dia. dan hati ni terdetik lah mau cuba. aku pikir aku ndak reti berbasikal. rupanya pandai jugak badan ni seimbangkan diri dengan basikal yah. wahaha happy tak terkata.


malam tuh kami takda buat apa-apa. ronda-ronda ja tengok budak buat aktiviti. lama-lama tuh kami sudah bosan, kami pegi surau untuk melelapkan mata. awal juga kami tidur, kira-kira jam 11malam. keesokan harinya, awal bangun jugak dalam jam8 begitu. perut kosong dan kami pun pegi luar untuk sarapan di Restoran Milah. hidup jugaklah sebab ada wifi disana. hahaha



disebabkan hari tu hari jumaat, kami pun pulang ke rumah untuk menyucikan diri *mandi. wangi-wangi dah, kami pegi sambut CNY di rumah YB Pang Ming. yang bestnyaa tu kan, kami dapat angpau. wahaha



and thennn kami balik laa pegi kuhara. lepak-lepak makang-makang macam biasaa. haha


pada malamnya pula, calonk sempat lagi datang untuk jumpa kami. sebab esok dia dah balik KL dah T.T lepas tu kami escape lagi pegi minum-minum di tengah malam. kak sany yang spen :D




lepas tu kami balik pegi kuhara. dalam jam dua begitu, dorang ada aktiviti kembara malam. di mana mereka mesti jalan sendiri-sendiri di sekolah tu dalam gelap. gelaaaap sangat. kami dan AJK kena awasi dorang. kena menyorok lah -.- seram gila. sebelum kami pegi tempat kami betugas, kami semua mulakan dengan membaca doa pendinding diketuai oleh bang joe. luls seram gilak sampai tekencing-kencing, hahaha. kunun tempat aku tu tempat "hotspot". firstly aku dengan bang joe. waihh leganyaa. tapi aku ditukar p tempat canga. sebab bang joe kan ketua. dia kena banyak meronda. lagi aku legaa, hahaha. kami menyorok dalam kelas. hmm nothing happen pun. yang ada mengantok gilaaaa. tidur lah apa lagi, wahaha. tapi bebudak tu jalan bekumpulan. apa daa -.- ndak bestlah. aku dengan canga keluar awal sebab mau hantar zul balik rumah dengan kak sany. lepas tu, kami pun tidurr dalam kereta kak sany dengan selesanyaa sampai jam 9pagi. hahahahahaha sebenarnya aku bangun jam6, tapi aku nampak dorang semua masih tidur jadi aku join lah jugak xD

hmm telajak sangat kami tidur. rupanya pagi tu ada dorang ada ujian pengakap. jadi kami lah kunun yang jadi pemeriksa dorang. sehhhh haha


sebelah petang pulaa, dorang ada aktiviti halangan komando. hmm macam best bah tingu dorang main lumpur bagai. tapi ganas gilaa. maklumlah lelaki. haha



malam tuu, ada malam kebudayaan. sekejap ja kami tengok dorang buat persembahan. kami tiga pegi tidur sebelum aktiviti burung pungguk bermula, hahaha. tidur di bawah langitt, sejuk dan best, haha. and then aktiviti burung pungguk pun bermula. setiap tempat ada dua kelana. kami kena awasi AJK yang bertugak. aku dengan akmal di bahagian ICT. kali ni ndak lah seram sangat. sebab banyak juga kami disana.

menyempat lagi aku, hahaha. this is one of my favourite boy. jujur budak ni dan dia ndak takut pun tym senior dorang takutkan dia. haha


 hmm ada sorang AJK ni aku tegur tym dia mengenakan juniornya. dia pasang suara pontianak menangis di telinga budak tu sambil menghirup dan menghembuskan asap rokok dia. lalu aku pun berkata :
"ehh. ada kaa pontianak merokok?"
hah, baru dia ketawa disana. macam-macam ragam senior dorang buat sampai ada yang menangis. hahaha, aku tengok-tengok ja.

lepas habis aktiviti tu, kami pegi tidur lagi, bahaha. tetiba kami dipanggil. ada budak hilang kunun. haihh mencari lagi kami satu sekolah tu. aku bejalan sambil tutup mata weyy. terhuyung hayang macam orang mabuk. then bang joe cakap kami boleh tidur sudah. cari surau lagi untuk melelapkan diri, hahaha. rupanya budak yang hilang tu tidur dalam khemah -.-

pagi tu, tetiba ada AJK dorang kejutkan kami. dia cakap "ehh ehh bangun". kami tiga kan begulung tutup muka dengan sleeping beg. aku pun buka selimut tu dengan muka mamai "kami ndak apa kan.. kami kelana.." hahaha tekejut budak tu. lalu dia pun beredar. tym tu dorang ada aktiviti gotong-royong. lepas tu kami bangun dan balik rumah. hahahaha 

kunun lepas camping mau pegi meeting untuk vigil sabtu ahad ni. tapi ndak sanggup bah, balik rumah la, hahaha. tapi aku jalan dengan family lepas balik camping. lapar weyy. satu malam tu aku ndak makan. lepas makan mata mengantuk betul. aku jalan terhuyung hayang di e.p tu. hahaha
THE END