daisy
disclaimer





chatbox



Template were made by flwsdaisy. Image was taken from transparent and tutorial from wanaseoby.xoxo
present from my love ones, Allah SWT
Friday, July 18, 2014 | 9:47 PM | 0Comment

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, 10hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. btw result stpm sem2 sudah keluar. yoloooo saat mendebarkan. sepatutnya result keluar lebih awal. tapi MPM ni banyak songeh dia tundakan ke hari lain. macam biasa, cek result di sekolah. time menunggu result, all I do is tawakkal dan banyak-banyak mengucap. duduk diam-diam je tapi macam mau keluar air mata. sebab result exam trial lalu memang teruk. takut pengajian am dapat F lagi :(

and then, kawan pun bagitau aku dapat 1A- 1B 2B- (3pointer) seriously??! why I've no got C? maka dalam otakku "hmm.. mesti dapat C lagi ni. aku ni bukan pandai pun. blablabla.." memang merendah diri habs lah, hahaha. lepas dapat tau, terukir senyuman dibibir dan mengucapkan alhamdulillah banyak-banyak. aku ingat lagi mak marah sangat dengan aku sebab aku aktif sangat dalam program luar sampai dapat result teruk dalam trial. betapa malunya aku mak marah aku depan semua kawan-kawan dalam kelas. first time aku menangis lepas ambik report card, haha. cikgu dan kawan-kawan pun tegur. Alhamdulillah rupanya dorang ialah pemangkin semangatku.

♡♡♡

doa ku, doa ibubapa, guru dan kawan-kawan Allah makbulkan. aku masih ingat lagi lepas habis exam stpm sem2 haritu, aku mimpi aku nampak langit malam tu tiada bintang. tiba-tiba ada bintang betaburan. wahh memang canteklah. I knew it! its clue from Allah that he will give me a present soon. Alhamdulillah Syukran Ya Allah. memang banyak masalah ku tahun ni. termasuklah dalam masalah percintaan, hahaha. memang low habislah. tapi sebab ada sokongan ramai dan redha Allah aku boleh jugak bahagia akhirnya :)